Thursday, November 27, 2008

Ratu Gadis Bergetah

Da! Meet again! Well Bibir Merah gossip sikit about Pertandingan merebut jawatan Ratu Gadis Bergetah yang ada 7 penjuru. Hebat mencaras uols. Tulah Bibir Merah tak berapa gemar kalau kaum kita nak bertanding tak pernahnya tenteram. Biarlah yang gaduh2 ni jantanz. Cukup-cukuplah kaum kita ditindas kan.tertindas kah??? Huargh..huarghh…

Well we selak a bit pasal calon-calon ratu ni. Well leading the pack newly crown Datuk Kembang from kepulauan borneo. Justly married hapilah ever after kononya. (congrats Bibir Merah ucapkan!) and Datuk Sepet from pantai timur. Well lain-lain Datin Madu from Kayell, Puan Mami Jarum Usahawan Minyak dari Utara dan another Datuk Gediks from negeri beradat. Yang cuba-cuba nak try lipstick pink Puan dari tempatnya ‘Putih’ dan Cik Usahawan Media.

Well, for sure semua calon tengah hangin with current the ratu becoz bahagiannya x calonkan nama maisng-masing. So uols imagine bila bertemu masing-masing buat muka kekwat. Yang dicalonkan pun tensi becoz katanya ramai yang tak suka current the ratu so belum tentu ada undi.

Mana taknya kalau undi yang suka lebih banyak, dapat la tempiasnya. Tapi kerana current the ratu tak pandai ambik hati ratu gadis-gadis bergetah peringkat bahagian ni, jangan mimpi ler yang dicalonkan ini akan dapat laluan mudah. Calon-calon ratu juga not happy becoz current the ratu menyekat mereka jumpa ratu di bahagian. Katanya lagi tak favour sesape. Tapi sms yang masuk suruh calonkan orang sekian-sekian bukan main. Sebab itu yang siap-siap nak mandikan bunga pun ramai. Minta hampun uols.

Yang tak bestnya biler before this sama-sama boleh duduk minum teh pelangsing dan teh tambah tenaga melazer now dah tak boleh. Kalau kawan ni sampai duduk meja tu yang satu lagi bangun pindah meja. Dulu lipstick pink tue boleh kongsi-kongsi uols now tak sempat cakap dah tahu jawapannya tak boleh. Dulu bibir masing-masing berlaga pipi kan main. Now jeling-jeling uols.

Yang bestnya pulak, cemburunya calon-calon ratu ni kalau ada gadis-gadis yang bantu salah sorang dari mereka ni jawapannya :

“Lepas ini jangan mintak tolong I lagi”. Sentap!!

For Bibir Merah, ada tiga yang layak pakai lipstick pink ni. Datuk Kembang, Datuk Sepet dan Datin Madu. (kalau ikut RUPEE sorang je lepas) Well dua dari tiga rajin bekerja even walaupun tak ada pemilihan.

Yang lain-lain tu masa pemilihan nilah baru nak jengah-jengah balairong kat level 5 tu pura-pura sibuk banyak kerja. Dari segi nak memimpin Bibir Merah give seimbang. Dari segi akhlak no comment uols except salah satu yang gediks tu ada skandal gak. Dari segi kempen, yang kembang rajin juga berjalan walaupun terbatas kerana sibuk di dewan yang mulia, yang Sepet tu laju kempennya walaupun sibuk gak di dewan tapi yang Sepet guna wartawan uols. Mana aci! Ada la calon yang kena lipstick hitam penangan wartawan tu kat dalam paper nanti uols. Yang Madu ni boleh tahan juga walaupun sibuk dengan kuliahnya. (Tahniah anak dapat 5A!!) Ada undi ker...

Well Bibir Merah base on kata survey yang cuba-cuba nak pakai lipstick can make a surprise. Kata survey this time around kebanyakan gadis-gadis nak pilih yang bukan sahaja boleh buat kerja tapi pandai cari peluang nak bantu gadis-gadis di bawah. Apa ayatnya ‘bantu akar umbi’. Ambik!!

What else. Ada juga pihak yang tak sayang bibir dia, tengah berusaha supaya ada calon-calon Ratu ni tarik diri. Kepada calon-calon ratu sekalian nasihat Bibir Merah tak payah la ikut. Hormatilah hasrat (apa ayatnya tadi tu) akar umbi! Ambik lagi!!!

Lagi. Yang Bibir Merah nak calitkan lipstick hitam kat bibir-bibir diaorang ni pun ada geram uols. Sebab ada calon-calon ratu depan gadis-gadis ni katanya tak main duit. Again katanya tak main duit. Tapi kaeedaahhnya dia la yang kuat menabur.

Antara statement yang Bibir Merah kutip:

“Saya tak main politik wang”.
“Akak bukan YB tak ada duit dik!”.
“Ini bukan time bagi-bagi duit, kita kena berjuang untuk parti”
“Pertandingan kami ini pertandingan adik - beradik”
“Saya cuma bersetuju supaya semua calon duduk bersama berbincang bagaimana mengelak perpecahan dalam melalui pertandingan dan bukannya berkompromi”.

Well banyak surprise Pertandingan Ratu ni. Wait & see.

Bibir Merah – nak muntah dengar statement ratu-ratu ni. yukkss

Monday, November 17, 2008

The Bodyguard II

Hi uols. Well ingatkan Bibir Merah nak selak kain pertandingan ratu gadis bergetah. Very hot uols. Walaupun nampak je puteri-puteri remaja tapi lagi handal mencaras uols.

Oleh kerana artikel The Bodyguard mendapat respons yang malatop, izinkan Bibir Merah respons kepada beberapa email yang diterima.

Rupa-rupanya ramai peminat Bibir Merah teruja dengan Bodyguard ni. Ingatkan Bibir Merah yang nak share the gossip rupe-rupenya lagi banyak gossip yang Bibir Merah terima. Sehinggakan ada yang minta Bibir Merah to gali the lubang lagi. Thanks uols. Teruskan send info-info panas tu.

Well one of the reader is the closes frenz to frenz Bodyguard ini. Muah!! Muah!! Muah!! Well acrdng to this frenz kepada frenz ni, dia tension dengan sikap Bodyguard hidung tinggi. Dah lupa daratan jarghh.

Katanya :

“Bibir Merah tulisan awak berkaitan Bodyguard tue saya rasa saya kenal siapa dia. Sememangnya kawan saya yang berkawan dengan Bodyguard confirmkan Bodyguard ke negara !@#$% (Bibir Merah delete) bersama dengan YB Datuk !@#$ (Bibir Merah delete) Mula-mula saya pun tak percaya perangai Datuk. Tapi bila dah tengok dengan mata kepala sendiri memang buat malu agama betoi. Pakaian nampak sejuk tapi di sebalik tudung tu semua tuhan saje yang tahu. Apa yang awak tulis tu betul la. Bukan syak wasangka lagi. Tapi banyak lagi yang awak tak tahu. Telefon saya di no ni 01X-2XXXXXX (Sorry, Bibir Merah kena protect pemberi maklumat) untuk full story."

Closes frenz to frenz Bodyguard kata lagi :

“Ok sebenarnya mereka bukan setakat ada hubungan majikan dan pekerja sahaja. Lebih dari itu. Bodyguard suka cakap besar dan menunjuk-nunjuk dengan kawan saya. Apa yang Datuk belikan seperti beg, kasut, baju, kemeja & tie berjenama mesti dia tayang. Lebih-lebih lagi Bodyguard claim dia yang jaga duit Datuk dan setkan apointment Datuk. Bodyguard kata baru-baru ini dia setkan appointment seorang Taikun Cina jumpa Datuk di shopping mall yang gah untuk business. Dia kata dia minta Taikun Cina belikan Datuk beg LV kat shopping mall tu.”

Komen seterusnya Bibir Merah tapis. Ganas ouls. Well at least Bibir Merah dapat tahu yang Datuk ni ada beg LV ori. Ingatkan fake dari negara seberang. So kita guna Datuk LV je tu describe her.

Well Bibir merah terima satu lagi email daripada Lia, Shah Alam :

“Bodyguard pernah kerja dengan seorang Menteri kanan tapi dah tewas pilihanraya lepas. Kedian dia jadi Bodyguard Timbalan Menteri yang dah naik jadi Menteri sekarang. Alkisahnya tak lama juga. Kena pecat tak sampai lima bulan.

Masalahnya pun sama ngorat bini Menteri. Kedian bila kabinet baru dah form Bodyguard jumpa Datuk Timbalan Menteri, nasib dia baik dia berjaya ngorat Timbalan Menteri tu sendiri. Harap info ini membantu”

Ish!! Ish!! Bibir Merah rasa yang skandal terbaru akan lama di pasaranlah. Ok dah lah tu. This blog bukan pasal jantan uols. So Bibir Merah make it short. We will story pasal Datuk LV later coz Bibir Merah terima so many info.. Siap ada gambar & video lagi uols… Muah!!! Muah!!! Muah!!!

Bibir Merah - makin kemerahan

Sunday, November 2, 2008

kak suDAH vs kak berZAT

Bertemu kembali uols. Kali ini Bibir Merah akan membuat analisa pencalonan Ketua Wanita UMNO yang penting bagi kaum wanita di Malaysia. Ye ke. Popular ke diaorg tu.. dengarnya kalangan makcik2 jah.. huargh..huargh..

Pencalonan Ketua Wanita ini menjadi buah mulut di kalangan wanita baik di dapur, di tepi tingkap, di pasar, di perkarangan sekolah ketika menunggu anak dan kerja kahwin sibuk melazer cerita Kak suDAH vs Kak berZAT ini.

Macam-macam teori algebra diutara selatan timurkan uols. Pening kepala Bibir Merah! Baik Kak suDAH mahupun Kak berZAT masing-masing memiliki kelebihan dalam aspek memimpin. Yang satu boleh dikatakan memiliki sokongan kaum wanita era emas. (mahal tu!) Yang satu lagi mewakili middle class dan bekas gadis bergetah. Bergetah ker…??

Soalannya apa yang akan berlaku. Well, Kedua-dua kem sedang berpropah nak bawa nama bos masing-masing. Mengenali Kak berZAT dan sistuasi politik negara, amat sukar bagi kak berZAT. Dengan keadaan PM yang tidak pertahankan jawatan bertambah gelaplah skin Kak berZAT.

Sebab Kak berZAT sendiri maklum pencalonan belum tentu menjadi undi. Kak berZAT juga maklum yang tentukan menang @ kalah adalah 764 perwakilan. Lebih separuh dari perwakilan ini ditata rias rapi oleh Kak suDAH. Sentap you. Bibir Merah rasa Kak berZAT need extravaganza gincu!!!! Mampu ke? Nak harap sokongan bekas gadis bergetah takut menjerat diri. Mana ada model lanjut usia nak bagi chance pada model bergetah. Sehingga kini bekas gadis bergetah yang berjaya menjadi Ketua Wanita tak sampai 8 orang. Ditambah sokongan TPM kepada Kak suDAH ini dah macam nak buat surgery. hampun you.

Bibir Merah harap kak berZAT ukur sokongan dengan baik. Well jangan terpedaya dengan cakap-cakap orang keliling. Pontianak yang ditepi-tepi tu memang cakap ‘Kita boleh menang’. Mereka ini tunggu ‘free gift’ akibat pertandingan. Katanya banyak duit yang mereka boleh buat. Katanya lagi banyak la kain dan jenjalan yang boleh dianjurkan. Bila menang banyak lagi botox boleh cucuk. Kalau kalah pontianak-pontianak ni la yang giler gincu uols….

Kata pun kak suDAH mungkir janji, pemilihan akan datang masa yang terbaik. Ini berikutan Ketua-Ketua Wanita yang menang baru-baru ini kebanyakkan dah uzur. Itu la you dah uzur, nak jalan merangkak, penyakit semput tapi tetap jugak nak memimpin kannn. Bibir Merah percaya mereka ini ada yang ‘expired’ dalam jawatan dan ramai yang dah tak berhajat lagi dah. Itu la masa yang terbaik. Bibir Merah risau kalau diteruskan kak berZAT jadi arang. Itupan nasib kalau tak jadi abu. Muahh!!! Muahh!!!

Well jika tak bertanding kak berZAT dilihat pemimpin yang sanggup berkorban demi memberi laluan kepada kak suDAH memenuhi impiannya yang terakhir sebelum berundur. Tunggu 3 bulan lagi tak rugi you….

Bibir Merah – use light lipstick

p/s : yang suruh lawan tue tauke travel agent, spa, butik semua menanti free gift bila bertanding. senyum kak MAH tenggara…